Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Mera family mera soul and mera life heir.. the conversation between a daughter and her parents

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..

Ari ni demam aku makin menjadi-jadi.. pakai baju dua lapis pon still kesejukan..tambahan mantap bersama lelehan hingus yang dari tadi kena 'srrooootttt'.. Semakin hari aku semakin clumsy.. kenapa ni. semalam aja aku dah hilangkan kad makanan yang ada RM400.. Hilangkan kunci bilik and loker.. Plus masa starting semester aku hilangkan RM50..


Aku boleh tersenyum lagi masa kad makanan tu hilang.. Tapi bila sampai bilik, nak buka pintu bilik aku notice kunci tak ada.. GAWAT.. Aku senyum lagi.. Nasib Mas ada tolong bukakan pintu.. Aku masuk bilik, baring ada katil.. Dengan kepala yang sakit sangat.. Aku start fikir abah aku.. Aku telefon abah.. First things he ask me was.. Kakak dah makan? Kakak nak makan apa? (dalam nada suara yan sengau).. Sempat lagi abah bergurau.. Hati anak abah ni sedih sangat! Pas tu aku punya suara dah bergetar..



Aku cakap.. "abah.. kakak nak mintak tolong.. Bank-in duit RM20o boleh tak?" Tahu tak aku malu sangat nak mintak Rm200 kat abah..then he ask me to give him 10 reason why should him bank-in the money.. then i said "kakak nakkkkkkk" i kept repeat the same word over and over again.. Then abah kata 'ok ok esok abah bank in".  Masa tu air mata aku dah bertakung sangat.. Aku dah tak kuat dah.. Aku beritahu apa yang jadi tadi.. Aku menangis sangat-sangat..Second time in two years aku menangis seteruk ni! Seriously!!


Abah pesan.."kakak selalu cuai... macam mana nak jauh dari abah dengan mak ni.. abah dengan mak dah jauh. kalau dengan kami tak pa la. Kami boleh tengokkan. macam mana kalau orang amik kakak baling dalam laut??"

"abahhhh kakak gemok mana orang larat nak angkat baling dalam laut"aku sempat lagi balas ni even tough sudah nangis teresak-esak dah ni.


Abah tambah lagi "yelah esok abah bank in 2rat tapi jangan cuai dah. abah tak sukalah anak abah cuai macam ni", Yang mak pulak dok potpet kat belakang.. aku sedih lagi..


Kepada abah dan mak:: Abah... mumyyyy kakak mintak maaf sangat-sangat.. kakak tahu kakak cuai.. tapi hari ni kakak pening kepala sangat.. semua benda kakak lupa.. kakak tahu bila disamping abah and mak kakak boleh buat apa ja without worrying much.. i mean duit hilang ke, handphone hilang ke kakak tak kisah as long i have u both. Tapi bila kat sini kakak hilang stuff kakak, kakak risau.. sebab kalau handphone kakak hilang macam mana kakak nak kal both of you. kalau kunci kakak hilang macam mana kakak nak tanggung apa yang kakak buat.. Sekarang kakak tahu kakak tak matang lagi. Kakak perlukan mak dengan abah. nak manja-manja dengan abah, nak sembang-sembang dengan mak.. Kakak tulis entry ni pon kakak nangis.. Kakak mintak maaf.. both of you is my soul.. i love both of you alots! Kalau kakak tak ada nanti i just want both of you knows that i love both of you alot!

Saturday, December 4, 2010

Jom kita imbas kenangan itu..

Assalamualaikum.. Kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..


Ok.. Aku tahu ramai kan yang stalk aku punya blog.. Kalau tak tak da la ratus datang.. Tak kisah.. Kalau senang baca la.. Aku happy sangat kalau kau orang kata blog aku seronok.. Follower tak ramai pon tak apa.. asalkan ada orang happy and seronok baca penulisan aku yer..

Owkeys *deyh tambi berapa kali owkeyh daaaa* First of all aku nak tanya kau orang.. Ape yang kau orang ingat masa kecik-kecik dulu.. Kiranya kenangan manis hangpa semua la.. *susah gila cakap bahasa malaysia ikut tatabahasa* Aku ingat banyak sangat! Sebab Allah bagi aku memori yang kuat untuk aku mengenang zaman silam aku... Hangpa semua ingat tak..

aiyokk.. aku x uat pon adik aku nangis k..dya yang nak nangis



Masa kecik-kecik dulu aku suka gila duduk sorang-sorang.. 

Kadang-kadang naik basikal.. Lepas rambut panjang tu.. dok tepi bendang.. bajet-bajet macam puteri la.. Sambil rambut mengikut rentak angin.. *aceh*

Yang lawak tu.. Aku ingat bumi ni PERUT ORANG.. So kita semua duduk dalam perut orang..
Kalau hujan tu sebab "orang" tu minum air.. Sungai tu lebih kurang usus la.. HAPE KE BENDA LA HAI..


ecah yang sanat cumil tengok belek kaki kot adik taik.. hahah

Kalau tv plak.. Kalau ada drama.. Tambah-tambah watak utama kalau dia cerita dari zaman kecik-kecik sampai dewasa.. Aku selalu ingat pelakon utama masa dia kecik dengan dewasa adalah yang sama.. Apa kejadahnya la hai.. Takkan la pengarah nak hold drama tu sampai berpuluh-puluh tahun..

Aku ni budak perempuan yang tak curious sangat.. Adik aku.. Subhanallah.. Gila dasyat! 
Selalu pakai kasut tinggi mak aku.. Pakai gincu.. THE BEST PART IS DYE CIUM-CIUM CERMIN! sambil kata I LOVE YOU.. dia laki owkeys! Pas tu bila kantoi.. Mula la.. 

agak-agak masa aku kecik muka macam adik aku tak??
 da da stop mengata! aku tau aku tak cantik..


Lagi satu adik aku.. Saighhh *mengeluh dulu* masa kecik-kecik dia 'perak' jakun tu laaaaaa.. Nampak ja coli dya nak pakai.. dya pakai banyak-banyak sampai besar la dada dia tu.. Pas tu kantoi.. Sebab dya rakam guna nset aku!! (aku pi sekolah masa tu).. Hey adik.. hang ingat ni filem porno ka apa?? hahaha..

arkkk cuba teka aku yang mana?? aku belanja makan.. seksi tak kami.. awww hak hak hak


Aku pulak suka sangat bau lilin wewangi.. Ala dulu kan pemes.. Penah sekali aku bakar lilin tu..Sekali tak da bau la... Aku bau dekat-dekat.. pas tu macam bau hangit.. Haish.. bulu hidung terbakar sudah.. 

Then.. Masa kecik-kecik dulukan ada rombongan sekolah.. Aku ikut la.. Pas tu kebetulan lunch aku makan petai... Adeh.. Dipendekkan cerita.. Bila balik dari lawatan.. Aku rasa nak terkencing! Dah sampai sekolah masa tu magrib.. Dah gelap.. Time tu la... Asa nak kencing ni subhanallah! Masa tu jugak la teringat cerita-cerita hantu.. Sekali aku terkencing la... Pas tu paling mantap.. Aku gantikan kain tu dengan kain semayang.. Bila cikgu tanya kenapa.. Aku kata "kain basah cikgu".. hahaha.. tapi bila pak aku sampai dia tau dah anak ponpuan dia ni kencing.. BESA LA DYE ABAH YANG TERBAIK SEKALI DALAM DUNIA OWKEYS! hahah.. sampai la dok ungkit cita tu =_="


wooo dengan budak 4rata!! hahaha..


hampa semua macam na lak cerita kecik-kecik dulu?? Story la sikit.. 


"zaman budak-budak itu sangat best! tak perlu rasa takut nak memikirkan apa yang nak terjadi pada hari esok.. so tak perlulah zaman budak-budak itu dicemari dengan cinta monyet"


Monday, November 15, 2010

sebuah tangisan yang ingin ditangisi



Pernah tak kamu semua kenang..
macam mana agaknya jika suatu hari nanti kita kehilangan kedua orang tua kita..
dalam sekelip mata kita bergelar anak yatim piatu..
dalam sekelip mata tak ada lagi kita tempat kita bergantung kasih..
bertanya khabar..
mengadu manja..
penah tak..


Selalu aku fikirkan..
Bagaimana jika aku kehilangan Abah..
Abah yang selama ini selalu mengerti aku..
Memahami aku..
Menjaga aku sebagai seorang anak perempuan..
Takut jika aku disakiti orang lain..
Aku faham..
Bukan Abah menghalang aku daripada bercinta..
Tapi takut anak perempuannya disakiti..
Diapa-apakan..

Bagaimana pula emak..
Mak..
Mak..
Mak yang selalu ketawa apabila aku membuat jenaka..
Mak yang selalu rindu akan kepulangan aku..
Mak yang selalu mengharap akan kejayaan aku..
Pernah suatu hari aku berkata..
Mak kakak dapat C je untuk assignment lepas..
Lalu mak menjawab..
Tak pe.. Baru lagikan.. Lain kali usaha lagi..
Ya Allah sedih dan bahagia bila mak cakap macam tu..

Kadang-kadang bila aku keseorangan..
Aku terpikir..
kalu mak dengan abah tak ada lagi dah macam mana aku??
Tabah kah aku??
Sempatkah aku beritahu kedua orang tua ku yang aku terlalu mencintai mereka??
Aku terlalu kasihani mereka..
Aku sanggup buat apa sahaja untuk mereka gembira segembiranya!!!!

Ya aku akui..
Aku seorang anak yang degil..
Seorang anak yang suka membantah..
Seorang anak yang perlu memberi perintah baru ingin menolong..

Tapi..
Aku diingatkan oleh diri aku sendiri..
Seorang anak yang degil lah yang akan menginsafi pemergian ibubapanya
Seorang anak yang degil lah yang akan merintih akan pemergian itu..
Seorang anak yang degil lah yang akan selalu mengenang kehidupannya semasa kecil..

So kengkawan..
Jangan ikut macam aku..
Degil..
Tapi kenyataannya.. Aku terlalu mencintai ibubapa ku..
Sebagai anak..
Wajib bagi kita menjaga kedua ibu bapa kita..  
sekian~~