Friday, May 27, 2011

Usah gentar masuk matrikulasi!

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..

Waaa.. Dah lama gila aku tak update blog.. Rasa macam berkurun lamanya.. Fuh dah berhabuk dah sudah blog ni.. fuh fuh fuhhhh.. Ops sorry la terembes ayaq liuq plak kan.. ngeh3x apa yang aku dok mencarut sesorang ni.. sila tampaq dua tiga kali bagi aku lagi comei.

Sekarang ni time budak-budak lepasan SPM dok decide course apa yang depa nak amik untuk jamin masa depan depa.. Ada jugak yang dapat matrik. Aku ahad lepas gy la tolong cikgu jual barang-barang keperluan. Ramai sangat parents datang dengan happy hantar anak-anak depa masuk matrik. Ramai jugak tanya aku hidup kat matrik ni macam mana.. Junior-junior aku dah ketaq lutut ni nak masuk matrik.Awai-awai lagi otak depa ni kena ayaq liuq kotoq sapa tah yang habaq matrik ni susah.. Terutama yang masuk dengan result 4a 3a macam tu.. Kesian aku tengok.

permandangan di KMPP masa musim bunga SAKURA heheh ;))

Ni nak habaq.. Kehidupan kita boleh berubah bila-bila masa sahaja kalau kita berusaha.. Sebagai contoh la kan. Adik aku, kita ambil contoh yang paling baguih la. Dia masuk matrik.. Pergh result SPM hanpeh ja dya tu.. (dya tau aku bongkaq rahsia dya mampuih!) Memang frust habeh la lepas SPM.. Senyap.. Kalau tidak dok angkat ja dada an.. Bangga ngan diri ni.. (ok pas ni kalau tengok aku kurus tu tanda aku kena kejar ngan adik aku). Back to our story line.. Pas tu dia dapat matrik, dia blajaq sungguh-sungguh nak tebus balik masa SPM dulu. Tak la sungguh-sungguh sangat kan. Aku still tengok dya boleh main bola kat padang KMPP tu, boleh riak and bilang kat depan aku berapa kali dia ponteng kelas. Tapi result first sem dia boleh dapat 4FLAT, alhamdulillah. Sem kedua memang aku tak expect 4FLAT sebab sem 2 sedikit heavy. So dya PNGK 3.86. Tu pon terhegeh-hegeh mintak hadiah kat aku. Dah la aku kayap an..

Sapa kata budak result SPM cikai tak leh survive?? Ada ja kawan aku sendiri 8a masa SPM. Masuk matrik perghh awal-awal dah kena tendang. Sebab apa?? Mungkin sebab terlalu bangga pada diri sendiri kemudian sombong nak belajar pada orang lain yang lebih tahu. MUNGKIN..

Jangan takut nak masuk matrik. Jangan gentar nak masuk matrik. Tak ada satu kerugian pon kalau kita mencuba dan brsungguh-sungguh dalam cubaan kita tu. Dah la dapat elaun, tempat tinggal free tak payah merit-merit bagai.. Yuran?? Perghh 400 je weih..

Buat budak-budak yang dah dapat result STPM dan setara... Termasuk adik aku tuu..Fikir betul-betul kos apa yang korang minat. Sebab kos yang kita betul-betul minat sahaja akan buat kita enjoy and happy dalam kos tu. Kalau result korang tak berapa bagus, tapi korang nak jugak dapat kos yang korang minat.. Korang kenalah pandai pilih universiti.. Lepas tu banyakkan berdoa.. INSYALLAH dapat.


                                                      kanak-kanak ribena kmpp ^^,

DALAM HIDUP KITA NI, TAK ADA BENDA YANG MUSTAHIL JIKA KITA RAJIN BERUSAHA DISAMPING BERDOA PADA ALLAH YANG MAHA ESA. DIMANA PUN KITA BELAJAR, INGAT SAHABATKU JANGAN RIAK DAN BANGGA PADA APA YANG KITA ADA. KERANA MUNGKIN ESOK HARI KITA AKAN BERADA DI BAWAH. ;)) 

2 comments:

Anisa Liyana said...

yup , betul tuh :)
tak ade ape yang mustahil kalau kita berusaha :)

jgn anggap benda itu susah kalau kita tak hadapi nye lagi :)

jom singgah blog nisa :)
share share kan idea akak :)

Nuji Liyana said...

Hai kak. Nak tanya kalau result spm, dapat C/D utk subjek selektif mcm bio, kimia ada chance dapat matrik tak? Hehe ^^