Sunday, March 27, 2011

Cinta itu apa??

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..


Aisehhh.. Kalau bulan lepas la kan aku banyak tengok status kat facebook tu putus cinta bagai! Seriusly like everyone macam putus cinta.. Sedihkan kalau putus cinta?? Yelah cinta bagai nak rak pas tu putus pulak.. But theres must be a reason kan kenapa putus cinta??

Aku sebagai manusia.. Pernah alami semua tu.. Takkan la tak pernah.. Orang tak secantik aku ni dah berapa kali di"reject".. Sob2~ and now.. Let pronounce myself as single!  Happy?? entah??

Kadang-kadang .. errr bukan kadang-kadang kot.. SELALU! Kalau aku meluahkan rasa dekat seseorang means i really love him or her.. Errr kalau her tu as a sahabat la.. Yes! Aku jenis tak suka simpan perasaan sayang aku kepada seseorang. Aku rasa lebih baik kot..

 SEBAB APA?? SEBAB APA??

Firstly, sebab kalau aku simpan perasaan aku.. Dalam hati ni rasa macam tak tenteram.. *ini aku la annn* Then ciri-ciri malas tu akan menonjol! Then aku takkan buat sebarang kerja! Takkan la aku nak bagi reason kat lecturer kalau tak siap kerja macam ni "Err sorry la DOC.. saya tak siap assingment saya sebab saya dah crush dengan someone pas tu tak leh buat kerja" mahu kena pungai aku dengan lecturer tu.. *lahabau punya budak! ngeee~!





Second, hati aku lebih tenang.. Kat sini ada dua kemungkinan..Kalau aku kena reject, sakit sementara ja.. Atleast aku tahu orang tu reject aku.. Pas ni aku tak yah la terhegeh-hegeh kat dia.. Still mencintai.. Still berkawan macam biasa.. Bak kata orang MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI..
Kalau dia accept aku, hati akan rasa berbunga la kan?? Ala~~ dalam hidup kita kena la ambil dua kemungkinan.. Kesemua decision yang kita ambil pon ada dua kemungkinan.

Aku akui semua orang mementingkan paras rupa dalam memilih pasangan. Takkan la tak terdetik sedikit pon nak pilih pasangan yang hot kan??

Aku dulu seriusly macam tu! Tapi lepas aku tahu perasaan sayang tu, Aku dah tak ambil kisah dah semua tu! Yang aku pentingkan lelaki yang bakal jadi suami aku adalah manusia yang penuh kasih sayang, bukan playboy.. Manusia yang sangat mengambil berat, bukan pentingkan diri sendiri, manusia yang matang pemikirannya.. Mampu bertindak untuk mengambil keputusan yang tepat dalam kehidupan..

Tak guna kalau kita berkasih dengan orang yang tak mampu beri kata putus untuk kahwini kita.. Tak guna juga kita menangih cinta pada orang yang sedikit pun tak menyayangi kita.. Namun dengan cintalah kita membina kehidupan kita sebagai seorang manusia~~

1 comment:

Cik Shiqa said...

setuju pada tulisan kaler biru tu. dh ada pngalaman pd situasi " dengan orang yang tak mampu beri kata putus untuk kahwini kita" memang sakit if lepas tinggalkan dia,

but, lepas tu jmpa dgn org yg betul2 serius, baru sedar org "sebelum" tu bukn jodoh kita :)