Sunday, January 2, 2011

Kesimpulan 2010

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..

Dah lama rasanya aku tak tulis entry kan?? Rindu sangat kat uols semua.. sapa?? yang tengah baca blog aku ni la!! kui3..

Sekarang aku dah pun ada dekat kolej.. Esok start kuliah. Ok penyeksaan akan datang. Penyeksaan apa?? Untuk budak yang tak cukup tidur macam aku ni.. Mestila penyeksaan tak tidur 2 atau 3 hari! Tapi takpo takpo.. Eh semalam aku baca entry abg ben! Dia cakap berita kata *ayat aku dah mula sengal* yang budak-budak uni semester 2011/2012 akan masuk pada bulan semester. Aku macam wow! CUTI SEM MESTI LANJUT! Takpa.. boleh la aku keja an cuti sem ni..*ok kerja tu bukan maksud BERKERJA tapi sebaliknya* then aku text adik aku. Aku tanya dia betul ka macam tu.. And he said totally yup and right! Tapi adik aku cakap dia akan masuk awal jugak untuk orentasi selama 3minggu! Aku ulang 3minggu! wow! Kalau aku kena ada orentasi 3minggu aku teriak nak balik! hahaha!Sebabnya time-time macam ni la senior-senior nakal nak ngusik junior! *ok aku da mula terpikir nak jadi fasi yang nakal*.. Apart from that adik aku cakap lepas orentasi dia kena balik rumah. Bulan september tu baru datang balik start the semester. Ohmyprada! tak macam nyusahkan ke??

Ok aku tak tahu betul ke tak.. Kita tengok dan lihat je nanti ok??

Owh well hari ni baru 2haribulan kan?? so tak terlewat kalau aku nak buat kesimpulan tahun 2010 betul tak??
Ok kalau korang tak bagi aku nak tulis jugak tak kira!hehehe

Tahun 2010..
Umur aku baru injak ke angka 19.. Yes awal tahun 2010 aku sangat tidak matang! Kalau orang buat taik kat aku, aku mula berang.. Apa salah aku an orang buat taik kat aku.. Ko pandai makan then buat taik, ko tempek kat aku pulak.. melampau la kan?? Taik tu da la busuk.. hahahah.. okok aku dah mengarut.. =_="
Masa orang buat taik kat aku.. aku mula la nak canang benda tu kat facebook.. Ala bajet-bajet tunjuk kemarahan nak raih orang sokong aku.. Yes memang la semua orang sokong aku.. Kecuali nana! dia kata bukan caranya nya tunjuk kemarahan dekat orang.. Sebab cara macam tu sangat tak mematangkan kita! Sekarang aku dah nak masuk 20.. Angka baru.. Kematangan bertambah.. insyallah..

ingat! Sejarah mematangkan kita! Peristiwa mematangkan kita! Kenangan buruk juga mematangkan kita.. Semua peristiwa berlaku bersebab! Jadi tak perlu kita sedih dengan apa yang berlaku.. Tapi penyesalan itu perlu ada! Dengan penyesalan aja dapat buat kita berazam tak nak ulang dah benda tu!




kedua.. Aku dah tempuhi satu lagi fasa hidup yang baru.. Sangat baru bagi aku.. Iaitu berjaya masuk ke menara gading didalam bidang yang aku nak * even tough pas tu aku suffer* Aku yakin tak semua orang bernasib baik masuk uni tambah-tambah dalam bidang yang dia nak.. Yes aku bersyukur! Sangat-sangat and terlampau! Aku duduk jauh daripada family yang aku cinta and sayang.. Jauh dari orang yang merindui aku.. Tapi dengan cara itu aja aku dapat hargai kasih sayang diorang.. Bila balik rumah aja.. Baru aku dapat rasa aku ni disayangi.. Sebab dulu aku ni ramaja yang suka memberontak! Yela aku ni bukan dok asrama.. Bila duduk rumah mak aku suka pot pet pot pet! So aku rimas! Aku memberontak.. Rasa macam nak keluar rumah! BIASALA REMAJA! Bukan aku tak pernah lawan cakap parents aku.. PERNAH SANGAT! Sampai mamy aku menangis tengok hati aku yang keras macam batu masa tu.. *tetiba rasa menyesal and nak nangis bila terkenang*  Itu dulu.. DULU! Aku dah berubah.. Mamy ngan abah pon sedar aku dah berubah.. Cumaaaaa part malas tu aku still kat takuk lama hahahah.. *terok betul* Aku rasa kalu tak dengar cakap parents aku.. Aku dah jadi budak punk pa... hahaha geli2

kesimpulanya.. Kalau kita tahu kita remaja, kita wajib control perasaan memberontak kita! Tak semua benda kemarahan kita dekat family nak post kat facebook.. Malukan keluarga depan orang lain?? Malu la.. MALU.. Memang la bila dua orang tua tu slalu bebel and beletiaq macam nak pecah gegendang telinga.. Tapi tu salah kita jugak! Jangan pikir parents kita lebihkan anak ni ka anak tu.. Actually sama ja.. Memang dia ngutuk kita bebel kita kat depan.. Puji anak-anak lain kat depan kita! Tapi belakang kita dia puji kita kat anak-anak yang lain.. Trust me.. Mamy aku macam tu.. Kebanyakkan macam tu! 

4 comments:

Nia said...

gila panjang entry niii hahah

Ayuni said...

happy new year, slamat study...

Amy Syaquena said...

perghhh panjang gile entry nie anyway happy new year dear..

Nia said...

hahah hapy new year kak amy and ayuni.. hahah lepas geram da lama tak tulis entry la kak amy.. hahah