Sunday, December 19, 2010

Apa yang patut dan tidak patut ditulis semasa blogging..

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..



Aww baca tajuk kemain panjang!! Kalah cik epal.. Eh tak-tak cik epal punya tajuk lagi panjang.. 
Aku suka sangat baca blog orang.. Terutama blog yang aku follow.. Suka baca blog korang! Best sangat! Idea korang memang tip top! 

Kadang-kadang aku tak faham kenapa lah aku suka sangat melekat dekat blog korang.. Padahal tengok biasa ja.. Tapi content!! Perghhh mantap! Mesti uols punya BM A + an masa SPM??

Suka sangat baca penulisan uols!! Tapi kadang-kadang aku BW aku ada juga baca tips-tips nak ber'blogging'.
Antaranya::


1.Jangan menggunakan bahasa singkatan
Alah bahasa SMS gituu.. Wahhhh aku pon guna! Hehehe patut la aku punya kawan kat dalam blog ni ciput! hemo-hemo..

2. Jangan letak gadjet banyak sangat
Dulu aku selalu buat macam ni sampai berat blog aku. Tapi memang betul la. Aku kalau buka blog orang lain, kalau lama sangat aku buka mula la aku nak tekan butang pangkah. Ya la aku penat tambah dengan excited nak baca blog tu tiba-tiba lembab pulak.. 

3.Jangan guna bahasa kasar
Huish.. Bahasa kasar macam 'wa' 'lu' wow takut aku.. Kalau itu memang bahasa dia guna tak apa tapi kalau dah tulis macam ni kat sidebar "kalau lu orang tak suka baca blog gua lu orang boleh tekan butang X kat side kanan atas. Ni blog gua suka ati gua nak tulis apa". Wahhh aku takut la!! Aku takut kalau aku salah komen nanti sekali aku kena maki.. 

4.U follow i, i follow u back
Ni selalu aku nampak. Dulu aku jaguh guna ayat ni. Lepas aku baca blog otai-otai aku jadi sentap! Diaorang cakap jangan desprete sangat nak dapat follower ni. Kita tulis berdasarkan hati. Penulisan. Kadang-kadang sebab keramahan blogger. Kita kat blogger bukan nak cari follower tapi nak cari kawan-kawan. Betul tak.. Kawan-kawan yang sedia bagi pendapat atas penulisan kita.

5.Ramah
Aku paling suka orang-orang ramah. Lagi uols ramah dengan aku. Lagi aku gedik nak ramah dengan uols. Aku yakin ramai yang baik dalam dunia blogger ni. Tapi tolong la jangan cari pasal dengan blogger lain dengan serang mereka guna Anon. Jangan-jangan nanti mak babab kamu. hehe *seriously aku cukup takut benda ni berlaku*

Wee cukup lima.. Aku blogger baru lagi. Nak banyak-banyak tunggu aku dah umur 100tahun.. Dah cukup tua nak nasihat orang hahahah

Ingat la dalam dunia blogger ni kita sesama kita beri pendapat nak majukan hidup. Kerana orang yang membaca adalah orang yang selangkah maju kehadapan. Bukan kita nak jatuhkan blogger yang lain. Macam contoh Abg Ben. Dia suka naikkan blogger lain. Sikap macam tu lah kita nak!

9 comments:

Ayuni said...

setuju...

Nia said...

waaa.. ingat tak da yang setuju hahah

MAPPIAU said...

hehehe betul tuh blogging dapat ramai kawan suke suke hihihi

Nia said...

MAPPIAU:: tol2 leh saling bantu membantu huhuhhu

Cik_Shiqah said...

btol2. tpi saya kdg2 guna gua2 jgk.
hahaha wktu tlis n3 je lah. wee~ :D

Luna said...

setuju tang gajet2 tuh! kalau kena dgn org yg punya tenet sgt siput, owhhh!!! berkurun lamanya mau tunggu habis loading... mau2 hang okeh laptop/pc.. hik3! simple2 suda...

Nia said...

cik shiqah:: sama la saya disini.. kalau marah tuu berapi keluar.. bila baca balik.. malu!! hahah

luna::tang gadjet ja?? hahah.. mmg pon.. lama kot nak tunggu.. pas tu scrool ke bawah macam berat ja..

jujie said...

nice tips ;) thanx

Nia said...

jujie:: welcome.. tak de la bagus sangat ^_^